
Wednesday, December 31, 2008
HAPPY NEW YEAR 2009!!!!!

Kecian nyer...
Betapa bertuahnya aku...
Monday, December 29, 2008
for under 25
Sunday, December 28, 2008
Nightmare of You
They were also the winners of Yahoo! Music's "Who's Next?" competition[1] for the month of April 2006, a competition that has the potential to propel the winners into mainstream prominence. Past winners include My Chemical Romance, Coheed and Cambria, and Hinder.
The band originally self-released their debut album on their own label The Bevonshire Label, and licensed it to East West Records In the US and Full Time Hobby in the UK. In the Spring of 2007 The Bevonshire Label split with East West Records.
Three singles, with accompanying videos, were released from the self-titled album. The singles were "My Name Is Trouble", "The Days Go by Oh So Slow" and "I Want to Be Buried In Your Backyard". All three videos have been featured predominately on the Fuse TV shows Steven's Untitled Rock Show and Oven Fresh.
Their song "Dear Scene, I Wish I Were Deaf" was featured in the EA Sports, FIFA '07 video game.
They have been known to joke about other bands during their live shows, most notably 30 Seconds to Mars, but also including bands such as Panic at the Disco and the Plain White T's.
Nightmare of You self-released a 5-song EP entitled 'Bang!' on September 11 of 2007.
1 minggu lagi..
Friday, December 26, 2008
Thursday, December 25, 2008
Mengingatkan diriku yg penuh dosa...
We make our young recite and even memorize the Quran at a very early age without expending commensurate time and effort in teaching them the meaning or significance of those verses in our every day lives. We have reduced this great religion to a series of rituals instead of being a guide to a “total way of life” that is righteous, pleases Allah, and leads to a harmonious society. We pray, fast, pay our tithe, and undertake the pilgrimage but then go right ahead and accept bribes, neglect our jobs, and ignore our families and society.
Mau Balik Sudah!!
Wednesday, December 24, 2008
La Tahzan-Jangan Bersedih : Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

itulah tajuk sebuah buku yg ditulis oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni... dikatakan sbg buku terlaris di middle east dan indonesia.. aku pun tergerak hati nk baca buku ni yg dh agak lama gak dibeli oleh my dad tp mmg popular di Malaysia,(bg mereka yg berminat dgn buku agama), tajuknya menarik dan dilengkapi dgn firman2 Allah S.W.T dan panduan2 kpd setiap insan.. after i read it, sememangnya memberi kesedaran dan pedoman.. setiap kata2nya diatur dgn jelas dan memberi semangat utk aku lebih optimis..
Monday, December 22, 2008
2 minggu lagi...
Sunday, December 21, 2008
Mentua vs Menantu
Saturday, December 20, 2008
Aku Anak Bongsu

Semalam di Flaming Steamboat
tapi persoalan nyer, adakah patut aku approach that gurl? or juz flirting jer with her? bcoz for me, utk bertemu dgn stranger dan minta nk berkenalan juz not my way.. boleh ke memikat gadis yg ditemui begitu sahaja? as i know some girls maybe xsuka diganggu.. but then one funny thing happened,,b4 we all balik, boleh jer kwn aku nih tetiba pg ke meja that girl and give my phone number!! aiyaa.. adakah perkenalan begitu boleh diterima?? atau itu cara yg dianggap murahan?? aku pun xpasti.. tapi yg pasti, maybe my fren punya cara tu betul ler, kena ada courage if we want something.. mayb kena ler amik risiko if nk sesuatu.. whatever lah, yg penting really njoy last night buffet and gurl.. wakkakaka...
Friday, December 19, 2008
I HATE to say 143

“Have you ever been in love? Horrible isn’t it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart and it means that someone can get inside you and mess you up. You build all these defenses, you build up a whole suit of armor, so that nothing can hurt you, then one stupid person, wanders into your one stupid life. You give them a piece of you. They didn’t ask for it. They did something dumb one day, like kiss you or smile at you, and then your life isn’t your own anymore. Love takes hostages. It gets inside you. It eats you out and leaves you crying in the darkness, so simple a phrase like ‘maybe we should just be friends’ turns into a glass splinter working its way into your heart. It hurts. Not just in imagination. Not just in the mind. It’s a soul-hurt, a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain. I hate love.”
Yang Lalu Biarlah Berlalu

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan... oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan.. mengingati masa lalu dan menhadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yg bodoh dan gila. itu sama ertinya dgn membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya...
Sunday, December 14, 2008
Money Isnt Everything!!

Friday, December 12, 2008
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009
Monday, December 8, 2008
Less than 1 month!!
oh my god!! ada kurang sebulan lg cuti nih!! dh nk masuk panic mode ler.. next year baru ler tau mcm mana cabaran nk kena handle byk responsibilities.. wow!!! takut,, risau,, but hidup tanpa cabaran xbest ler kan.. so, apa aku kena buat ar?? entah ler,, xtau ler apa preparation nk kena buat, tapi juz nk njoy my time kat semenanjung nih.. hope can find my hapiness over there.. amin..
Wednesday, December 3, 2008
Malaysian hell
A Malaysian named Ah Meng dies and arrives in hell. He finds that there is a different hell for each country and he can choose which hell he wants to go to. He first goes to the Singapore hell. There outside the door is Ah Lian, looking bored. Ah Meng asks, “What do they do here?”
Ah Lian replies, “First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the Singapore devil comes in and whips your butt for the rest of the day.”
“That’s terrible!” gasps Ah Meng. He is terrified! “I’m going to check out the other hells!”, he yells. He checks out the Thailand hell, the Indian hell as well as the Russian hell and many more. He discovers that they are all more or less the same as the Singapore hell. You get tortured to death basically!
Then he comes to the Malaysian hell and discovers a huge line of people waiting to get in. The line circles around the lobby five times before receding off into the horizon. Ah Meng pushes his way through to the head of the line. Amazed he asks “What do they do here?”
He is told “First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the Malaysian devil comes in and whips your butt for the rest of the day.”
“But… but that’s the same as all the other hells! Why are there so many people waiting to get in?” Ah Meng protests pointing to the long queue.
“True, but because maintenance is so bad that the electric chair does not work, someone has stolen all the nails from the bed, and the devil is a former Gormen servant, so he comes in, signs the register and then goes to the canteen for teh-tarik…”
Ah Meng faints!!!
Tuesday, December 2, 2008
Bahasa Inggeris dlm pengajaran Sains dan Math
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), semalam menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah.
Pendirian terbaru kesatuan mewakili 135,000 guru itu yang sebelum ini menyokong program dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos lalu.
Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Menerusi maklumat dan pandangan diterima daripada guru terbabit dalam PPSMI, murid di sekolah rendah terutama mereka di tahap satu (tahun satu hingga tiga) masih gagal menguasai istilah dua subjek itu ketika diajar dalam Bahasa Inggeris.
"Ia menyebabkan guru turut mengalami kesukaran mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar guru. Sehubungan itu, ahli menolak PSSMI di sekolah rendah kerana tiada faedah diperoleh jika situasi berkenaan berterusan.
"Bagaimanapun, NUTP tetap menyokong pelaksanaan PSSMI di peringkat sekolah menengah kerana murid masih boleh mengikutinya dengan baik kerana sudah mendapat sedikit pendedahan dari segi istilah," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Pada 2002, Kabinet memutuskan Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan serta kualiti murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek itu akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia akan ditentukan pada akhir tahun ini dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan diambil kira dalam menentukannya.
Selain itu, Kementerian Pelajaran juga menggunakan resolusi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dianggotai tokoh akademik, penyelidik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan pelaksanaan PPSMI.
Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian NUTP itu tidak bermaksud pihaknya menolak serta merta PPSMI di sekolah rendah sebaliknya mencadangkan supaya ia melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.
"Kami mencadangkan supaya istilah Sains dan Matematik diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris bermula dari peringkat prasekolah sehingga darjah tiga bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa berkenaan.
"Selepas yakin murid dari peringkat itu sudah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula PPSMI di sistem pendidikan negara," katanya.
Monday, December 1, 2008
Ambition??
Saturday, November 29, 2008
MY LOVE


anak sedara ku yg pertama... Raja Zara Sofia.. die lah penerang hati ku.. i wonder, mcm mana kita leh menyayangi someone yg xpenah wujud selama ni...
Family yg sgt bermakna dlm hidup setiap insan.. siapa pun diri kita nih, family sentiasa menerima whatever happen... syukur sgt dilahirkan dlm keluarga yg bahagia.. allhamdulillah,,
Friday, November 28, 2008
Monday, November 24, 2008
Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

erm... setiap manusia perlukan cinta tapi apakah ertinya? sesiapa yg pernah merasai "cinta" sudah pasti ingin merasai lagi perasaan cinta..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Sunday, November 23, 2008
Kita Disamun KERAajaan UMNO/BN -> Harga minyak sepatutnya RM1.52!

Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.52 sen.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.52 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.
Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.
"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,
"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.
Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.
Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.
Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.
Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,
"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.
"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.
Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.
Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.
Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.
Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.
Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _
Saturday, November 22, 2008
Gaji Pertama????
Thursday, November 20, 2008
Gemilang Mirza??
Tuesday, November 18, 2008
Teringat plak gadis2 ganu, siti sarah,dila,akmal.. pantai timur girls nice..
Lawak Orang Terengganu- bace leer..
Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!
Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) .......
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".
Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".
Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".
Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.
Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".
Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."
Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".
Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.
Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".
Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".
Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"
Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."
Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?
Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk Calvin Klien".
Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!
EKSIDEN DI PEDALAMAN!!!





kadang2 rasa mcm dunia ni suck!! but life goes on rite... sudah ler aku dihantar ke pedalaman sabah, pastu eksiden plak!!! keta aku baru jer diantar dgn drpd KL dgn kos rm2300.. pastu baru seminggu eksiden plak on the way nk masuk sekolah!! aiya!! sedang aku turun bukit yg curam,, tetiba plak memusing 180 degree keta aku dan hentam dinding bukit, tayar plak dh sangkut dlm lubang!! aduiiiii........ that was one of the worst moment in my life when i felt that can it get worst than this?? pastu kena bayar tow truck rm350.. kena pinjam duit GB dulu.. aduiii...
LAMA BENAR KU TINGGALKAN DUNIA SIBER

dah lamer tul tak update blog nih.. maklumlah, hidup di hujung dunia nih mmg susah betul, tapi aku raser leh jeh survive coz im not sort of people yg dambakan dunia yg penuh dgn "entertainment" but it was quite horrible feeling bcoz aku hampir2 give up dgn keaadan yg tak menentu..rasa nk giler pun ade tapi akhirnya aku pasti yg segalanya would be ok coz i was always a fighter.. writing is a good way 2 let go whatever inside my mind.. rasa syok plak bile we have something mcm a space for us on the net.. sape yg leh teka apa benda dlm gambar nih aku bagi 1 ratus..hehe
Friday, July 25, 2008
not going to convocation day???

maybe allah give the bad things in my life right now, and maybe after this i will get everthing i want.. huhu... dunno ler.. still searching for the light at the end of the tunnel.. everything look blur and ucertain, dunno what will happe in forthnight time but im sure that i must face it... really need something to strengthen my spirit...
Thursday, July 24, 2008
got SABAH!!!! damn!!!!

actually, b4 this i was quite cool ler if i dpt borneo,, but when i check and i got sabah.. the reality struck me.. byk terpikir mcm ner nk survive witout my family.. bcoz all this time they were my strength... i may not have a lot of frens,, but i know i have my family wit me... pretty sad... dunno ler whut will happen 2 me in sabah.. aiyahhhh!!! OMG!!! all this times, aduhai... takut, sedih semuanya ada... nk tinggalkan mak bapak.. now i feel how much i love them... damn!! allah,, give me strength to go thru this.. i dunno.. will this break me into pieces?? the tPublish Posthought of teaching is hard enough and now to be away from family wit people wit diff culture and language and i would be alone is juz scary.... would i survive???
Tuesday, July 22, 2008
3 days experience worked as CSR
Friday, July 18, 2008
Domino!! more MONEY
Thursday, July 17, 2008
Confirm kerja di Domino as CSR

aku dh dpt kerja di call centre dominos... walau aku agak nervous giler bile kena audition depan trainer tu... aku pun xtau why until now i still nervous in front of people or interview... bcoz when i was in university, boleh dikatakan all the time aku pg depan wat presentation.. tp smpi skrg prasaan nervous tu masih kuat lg... why i nk kurangkn anxiety ni?? bcoz i think i can do much better if i can be more confident.. i will mumble of my voice will trimble.. tp esok akn akan start sbg customer service representative di domino... the pay juz rm3 per hour but if can persuade customer, they have incentive system,, this is where CSR can make money.. we must try to make customer buy as much as we can... my journey as CSR start tomorrow... my target incentive is about rm15.... hehehe
Wednesday, July 16, 2008
The Lonely Shepherd

Satu ketika dulu, aku slalu dgr instrumental flute ini dlm rancangan radio yg aku dh lupa apa nama stesen tu tp dlm segmen yg selalu begitu syahdu sgt... aku dgr lebih kurang beberapa tahun yg lalu.. dan mungkin ini takdir, ketika aku menonton cite kill bill, aku trdengar iringan lagu ini ketika The Bride mencuba pedang hazaro hantai or something like that... terus aku cari soundtrack kill bill dan akhirnya aku dpt lagu ni... drpd pemain flute terkemuka iaitu zamfir king of pan flute yg bertajuk lonely shepherd... aku boleh mendengar melodi ini dan membuat aku rasa tenang dan syahdu skali..
Surat konvoku
Monday, July 14, 2008
Training Day

mengikuti training di dominos sbg CSR or customer service representative basically amik order drpd customer ler.. semuanya simple jer cuma kena mengikut ler tatsusila melayan pelanggan. for me it would be good 4 me to see how i handle the customer. dan i pun xpasti lagi adakah i akn njoy this thing.. but surely it is better than wasting my time... at least masuk duit jugak dan keje nyer agak mudah, amik order jer... esok ada training bout the computer system plak.. hrp2 aku njoy ler job nih...
Sunday, July 13, 2008
Aku mula bekerja

hidup ini tidak bererti bila hanya duduk memandang dinding dan menghabiskan waktu begitu shj... itulah sebabnya aku membuat keputusan utk bekerja di Domina Pizza sbg tukang amik order.. gajinya?? hanya rm3 sejam... jd kuli ler.. bkn ler sebab duit tp hanya inginkan pengalaman dan juga merasai new environment.. mayb i will learn a few things bout the call centre biz... all the best 4 me, hope i njoy this new job... heheheh