Saturday, November 29, 2008

MY LOVE



anak sedara ku yg pertama... Raja Zara Sofia.. die lah penerang hati ku.. i wonder, mcm mana kita leh menyayangi someone yg xpenah wujud selama ni...
Family yg sgt bermakna dlm hidup setiap insan.. siapa pun diri kita nih, family sentiasa menerima whatever happen... syukur sgt dilahirkan dlm keluarga yg bahagia.. allhamdulillah,,

Friday, November 28, 2008

Kenanganku di UM

most memorable xsmt!! on par with educating rita.....

Monday, November 24, 2008

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??


erm... setiap manusia perlukan cinta tapi apakah ertinya? sesiapa yg pernah merasai "cinta" sudah pasti ingin merasai lagi perasaan cinta..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Sunday, November 23, 2008

Kita Disamun KERAajaan UMNO/BN -> Harga minyak sepatutnya RM1.52!

Publish Post

Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.52 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.52 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.

"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.

Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.

Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.

Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _

Saturday, November 22, 2008

Gaji Pertama????


biler ler aku nk dpt slip nih??? hehehe
biler ler gaji aku nk masuk ni? erm... org lain dh merasa dpt gaji tapi aku masih menanti nk menerima gaji aku.. erm... byk gak aku dpt nanti, around 17 thousand ler!! wakakakka.. tapi aku ni masa kecik2 agak kedekut.. bkn ape, aku suka jer simpan duit dan berjimat... tapi maybe rite now i can buy whatever i want, dunt have to worry anymore.. simpan duit 4 future.. coz we never know what will happen,, rite... busy tul aku the last 2 weeks, tolong my bro pindah rumah.. at least xler buang masa kat umah jer and i must say that im a good person.. hehehe

Thursday, November 20, 2008

Gemilang Mirza??

xpenah2 aku dgr nama company nih,, tapi bile aku pg sabah,, cikgu2 kat sana semuanya sedang giler melabur dlm company nih yg menawarkan keuntungan bersih 75% drpd modal yg dilabur.. mcm xpercaya kan, tapi sememangnya cikgu2 nih mendapat balik pulangan mereka dan GB aku pun melabur samer.. so, aku pn teringing gak ler nk melabur nih, if simpan dlm bank smpi ke tua ler duit tu tak berkembang, dan idup ni pun akan sentiasa dikelilingi hutang.. why not rite? im still single, no commitment and have a considerable sum of wealth... wakakak.. juzt wait and see whether my investment akn berjaya... insyallah

Tuesday, November 18, 2008

Teringat plak gadis2 ganu, siti sarah,dila,akmal.. pantai timur girls nice..

Lawak Orang Terengganu- bace leer..

Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) .......

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!

EKSIDEN DI PEDALAMAN!!!






kadang2 rasa mcm dunia ni suck!! but life goes on rite... sudah ler aku dihantar ke pedalaman sabah, pastu eksiden plak!!! keta aku baru jer diantar dgn drpd KL dgn kos rm2300.. pastu baru seminggu eksiden plak on the way nk masuk sekolah!! aiya!! sedang aku turun bukit yg curam,, tetiba plak memusing 180 degree keta aku dan hentam dinding bukit, tayar plak dh sangkut dlm lubang!! aduiiiii........ that was one of the worst moment in my life when i felt that can it get worst than this?? pastu kena bayar tow truck rm350.. kena pinjam duit GB dulu.. aduiii...

LAMA BENAR KU TINGGALKAN DUNIA SIBER


dah lamer tul tak update blog nih.. maklumlah, hidup di hujung dunia nih mmg susah betul, tapi aku raser leh jeh survive coz im not sort of people yg dambakan dunia yg penuh dgn "entertainment" but it was quite horrible feeling bcoz aku hampir2 give up dgn keaadan yg tak menentu..rasa nk giler pun ade tapi akhirnya aku pasti yg segalanya would be ok coz i was always a fighter.. writing is a good way 2 let go whatever inside my mind.. rasa syok plak bile we have something mcm a space for us on the net.. sape yg leh teka apa benda dlm gambar nih aku bagi 1 ratus..hehe